jual spare part alat berat dan truk

jual spare part alat berat dan truk
www.SparepartTruk.com

Friday, February 24, 2012

Sekuntum Mawar Merah


Ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sampai suatu hari dia menemukan sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu sampulnya.

Tertulis di situ "Catrina... kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berteman dengan gadis itu.

Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan dari gadis bahawa dia juga setuju untuk berteman dengan si jejaka. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan.Persahabatan mulai berganti kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang telah bersemi di hati.

Hingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati karena dia takut kalau dia tidak akan bertemu dengan si gadis. Maka di tulisnya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpa di stasiun kereta api. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu seandainya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...

Pada hari pengumuman perang selesai, si jejaka pergi ke stasiun kereta api di tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka melihat seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah...

Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan tawaranku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya.

Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.Tapi ada seorang gadis memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stasiun ini sekiranya kamu menerima tawaran makan malam dan bertemu orang tuamu....."

Berapa banyakkah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengatakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia mengira gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...

No comments:

Post a Comment